Tentang Kami

Tentang Kami

Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada 18 Januari 2013, Inqaz Travel & Tour Sdn. Bhd. (“INQAZ”), adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Islam, mempunyai lesen daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menjalankan aktiviti pelancongan, pengembaraan, selain perkhidmatan tempahan tiket penerbangan.

Selain itu, setiap pakej yang dibeli daripada Inqaz Travel & Tour akan didermakan sebahagiannya kepada badan kebajikan, supaya pelanggan mereka mendapat manfaat yang lebih di dunia dan di akhirat.

Sejajar dengan misi kami; untuk menjadi salah satu agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, anda boleh meletakkan kepercayaan anda kepada kami untuk mengendalikan percutian berharga anda.

Dan dengan moto “Perjalanan Dari Hati Anda”, Inqaz Travel & Tour Sdn. Bhd. (“INQAZ”) sangat komited dalam memberikan pelanggan mereka pengalaman untuk mengembara ke luar negara dan juga domestik, serta peluang untuk berada di tanah suci dengan Pakej Umrah yang paling berpatutan; lengkap dengan segala nilai tambah bagi setiap pakej yang ditawarkan.

Tentang Kami

Perkhidmatan

Sebagai salah satu agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, Inqaz Travel & Tour telah secara rasmi disahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan aktiviti seperti:

  • Tempahan Tiket Penerbangan
    • Luar negara
    • Domestik
  • Tempahan Hotel Antarabangsa
  • Pelancongan Domestik
  • Pelancongan Ke Luar Negara
  • Haji & Umrah
  • Pelancongan Pendidikan
  • Insurans Perjalanan & Permohonan Visa

Lain-lain perkhidmatan:

  • Perjalanan atas permintaan (On-demand Trip)
  • Perkhidmatan Sewa Kereta/Limosin/Bas
  • Pakej Percutian Syarikat ke Luar Negara
  • Konvensyen Rasmi & Perjalanan Insentif